Sunday, 30 August 2020

HIJAMA VS EPILEPSI(SAWAN)

 HIJAMA VS EPILEPSI(SAWAN)


Apa itu sawan atau epilepsi? Secara mudah ia adalah tentang gangguan sementara fungsi otak yg berpunca daripada lebihan isyarat kimia atau aktiviti elektrik yg dijana oleh sel² otak (corticol neurons) menyebabkan peningkatan aktiviti dan kehilangan kawalan otak. Menurut beberapa kajian kes epilepsi sangat berkaitan dengan kurangnya penghasilan neurotransmitter utama iaitu GABA (Gamma-Aminobutyric Acid) yg berfungsi mengurangkan aktiviti sel² otak (neuron) dan peningkatan neurotransmitter GLUTAMATE yg bertindak merangsang lebih banyak signal kimia atau elektrik melaluinya daripada neuron ke neuron seterusnya mengakibatkan berlakunya epilepsi. 


Dengan kata mudah, berlaku ketidakseimbangan antara   GABA ("Inhibitory neurotransmitter") dgn GLUTAMATE ("Excitatory neurotransmitter") di dalam tubuh khususnya otak. Dlm kes ini, berdasarkan Teori Taibah, bekam darah (hijamah) berupaya menyingkir lebihan protein glutamate yg berperanan meningkat aktiviti elektrik otak sekaligus menstimulasi neuron utk memproduksi protein GABA utk mengurangi aktiviti elektrik neuron (Teori Zon refleks & Teori Genetik). Apabila keseimbangan kedua² neurotransmitter ini berlaku epilepsi akhirnya boleh dikawal secara berperingkat. Wallahualam.


* Neurotransmitter- umpama "jambatan" yg menghubungkan sel otak (neuron) dengan sel² otak yang lain.


*Titik² cadangan- vortex(DV20), Qamahduah & Kahil.


Medic Sabri


Ref:


Glutamate, GABA and epilepsy

HF Bradford

Progress in neurobiology 47 (6), 477-511, 1995

No comments:

Post a Comment

BEKAM UTK TEKANAN DARAH RENDAH

 BEKAM UTK TEKANAN DARAH RENDAH Hipotensi atau tekanan darah rendah adalah suatu kondisi medikal yg ditandai dengan bacaan tekanan darah sis...