BEKAM UTK TEKANAN DARAH RENDAH
Hipotensi atau tekanan darah rendah adalah suatu kondisi medikal yg ditandai dengan bacaan tekanan darah sistolik di bawah 90mmHg & diastolik di bawah 60mmHg. Antara tanda² lazim adalah seperti pening, sakit kepala, mata kabur, berdiri/berjalan tidak stabil, kulit pucat & berpeluh dingin, pengsan dsbnya. Ia boleh berlaku secara perlahan² berikutan kesan daripada penyakit yg dialami seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit hati dsbnya atau kondisi² lain seperti mengandung, kekurangan zat besi dsbnya. Jika ia berlaku secara mendadak ia biasanya berpunca drp kehilangan darah yg banyak, dehidrasi, suhu terlalu sejuk atau terlalu panas, alahan, perubahan posisi secara mengejut seperti berdiri selepas duduk lebih lama dsbnya.
Persoalannya di sini ialah bolehkah mereka yang mempunyai tekanan darah rendah dibekam darah? Ramai yang kata tidak boleh atas sebab kemungkinan kemudharatan yg boleh diakibatkannya. Sebenarnya ia bergantung kepada punca atau faktor² penyebabnya atau keadaan semasa pesakit. Jika ia disebabkan oleh penyakit² seperti yg disebutkan awal² tadi bekam adalah PRO utk hipotensi. Jika penyakit terkawal sdh tentu tekanan darah rendah akhirnya boleh dikawal. Bekam pd titik ginjal boleh merangsang lebih hormon RENIN dibebaskan, menukar angiotensinogen di hati kpd angiontensin 1. Angiotensin 1 akan diuraikan oleh ACE (Angiotensin Converting Enzyme) pd paru² menjadi angiotensin 2. Angiotensin 2 inilah yg berperanan mengecutkan pembuluh darah apabila tekanan darah rendah dikesan oleh otak. Dlm keadaan penyakit tidak terkawal, tindakbalas kimia ini tidak berlaku dengan berkesan. Penyingkiran bahan² punca penyakit seperti gula berlebihan dalam kes diabetes atau lemak berlebihan dlm kes penyakit jantung serta stimulasi organ² terlibat (jantung, pankreas & hati) selain pembebasan hormon RENIN oleh kelenjar adrenal boleh membantu mengawal penyakit atau kondisi tekanan darah rendah secara berperingkat.
Bagaimana pula jika hipotensi disebabkan oleh faktor² selain drp penyakit seperti kehilangan banyak darah, dehidrasi, suhu terlalu sejuk atau terlalu panas dsbnya? Dlm keadaan ini bekam secara nyata adalah KONTRA. Jika dilakukan juga ia boleh menyebabkan pesakit pengsan atau koma. Pelepasan hormon RENIN tidak mungkin berlaku di saat cecair, plasma atau darah yg diperlukan utk mengangkutnya berkurangan atau bergerak terlalu perlahan (suhu terlalu sejuk menyebabkan pembuluh² darah mengecut & darah bergerak terlalu perlahan) di dlm tubuh. Apa yg perlu dilakukan?? Gantikan semula apa yg kurang (transfusi darah/cecair) atau hentikan kehilangan berterusan cecair atau darah. Bekam darah bukanlah tindakan bijak dlm hal ini. Namun jika ia berpunca drp alahan atau ubatan tertentu bekam darah bukanlah KONTRA malah boleh membantu menyingkir bahan² punca hipotensi iaitu mediator² radang & bahan² kimia pencetus radang selain merangsang ginjal utk merembes lebih hormon RENIN utk meningkatkan semula tekanan darah.
Rumusan: boleh atau tidak bekam darah kpd pesakit hipotensi adalah bergantung kepada punca atau faktor² penyebabnya atau keadaan semasa pesakit. Jika tekanan darah terlalu rendah sehingga pesakit pening, lemah, pucat, pengsan dsbnya bekam darah adalah KONTRA dan boleh mengancam nyawa. Melakukan bantuan kecemasan atau membawa pesakit ke hospital dengan segera sepatutnya menjadi keutamaan.
Sabre Othman
Ref:
Renin-angiotensin system: biochemistry and mechanisms of action.
MICHAEL J Peach
Physiological reviews 57 (2), 313-370, 1977
No comments:
Post a Comment